CNI Holdings Berhad Contact Us

Home > Latest News


Year 2016

MENEP revolusi baharu produk CNI

Published: May 29, 2016

DENGAN penggunaan bijirin organik seperti barli jagung dan gandum sebagai bahan utama, penghasilan Teknologi Enzim Metabolisme Pertukaran Zat (MENEP) dilihat satu revlusi baru dalam dunia produk kesihatan berasaskan makanan syarikat terkemuka CNI Corporation Sdn. Bhd. Penemuan yang dilakukan sepasukan saintis yang diketuai oleh pakar Sains Makanan dan Bioteknologi dari Universiti Kebangsaan Chung Hsing, Dr Chau Chi Fai, sejak beberapa tahun lalu berjaya menghasilkan MENEP untuk pengeluaran produk Well3 Life Enzyme dan Well3 ISP-10.

Kedua-dua produk perintis berkenaan telah pun memasuki pasaran di negara ini sejak beberapa tahun lalu dan terbukti memberikan kesan yang terbaik lebih-lebih lagi dalam aspek kesihatan khususnya pengguna produk keluaran CNI. Namun begitu ada yang berpendapat penggunaan bioteknologi ke atas penghasilan makanan terubahsuai secara genetik (GMO), iaitu sumber makanan dengan sifat yang telah diubahsuai secara genetik oleh pakar sains dalam makmal.

Malah ada kebimbangan orang ramai terhadap GMO memandangkan ada kemungkinan berlaku kesan sampingan yang buruk terhadap kesihatan manusia oleh kerana ia mengandungi gen asing atau gen telag diubahsuai. Menjelaskan perbezaan antara MENEP dan GMO itu, Chi Fai berkata, teknologi berkenaan bebas daripada sebarang bahan penambah kimia, dan ia tidak menerapkan teknik GMO. "Bahkan teknologi ini bergantung kepada faktor persekitaran semula jadi untuk meningkatkan nilai khasiat makanan semula jadi. Pada masa yang sama, produk yang dihasilkan melalui teknologi ini adalah 100 peratus bebas daripada sebarang kesan GMO, maka ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan sampingan terhadap kesihatan pengguna," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

"Merangsang penghasilan MENEP ini merupakan bukti pihaknya serius dalam meningkatkan keyakinan pengguna mengenai produk berasaskan kesihatan dalam bidang sektor penyelidikan dan pembangunan (R&D)." Beliau berkata demikian ketika menghadiri taklimat bersama media di Top One Biotech di Tainan, Taiwan baru-baru ini yang turut dihadiri Ketua Pegawai eksekutifnya, Sam Cheong dan Pengarah Eksekutif CNI Holdings Berhad, Chew Boon Swee. Memperincikan teknologi itu Chi Fai berkata, MENEP adalah satu proses tumbesaran, biji-bijian akan menghasilkan faktor anti-nutrien secara semulajadi, seperti tanis, asid protease, dan perencat amylase.

Katanya, faktor ani-nutrien bertindak sebagai alat semula jadi biji-bijian untuk menghalau serangga dan haiwan perosak. Ia akan menyekat kandungan khasiat tertentu yang ada di dalam bijirin. "MENEP dapat mengurangkan faktor anti-nutrien di dalam biji-bijian dalam masa yang sama, merangsang keaktifan semulajadinya bagi meningkatkan nilai khasiat," ujarnya.

Kata Chi Fai, MENEP yang akan dihasilkan akan menjalani fasa-fasa melibatkan bilik pra rawatan, pusat pengeluaran MENEP, bilik cucian, pengeringan, pengisaran sebelum diadunkan mengikut standard yang ditetapkan. Ujarnya penghasilan MENEP bergantung kepada bijirin yang diguna pakai dengan tempoh waktu dan sesuai.

Home | About Us | Achievements | Latest News | Investor Relations | Media Center | Contact Us

Copyright © 2005 - 2014 CNI Holdings Bhd.
Web design and program Copyright © 2014 Symplesoft Sdn. Bhd.All rights reserved.