CNI Holdings Berhad Contact Us

Home > Latest News


Year 2014

Director Message

Published: January 1, 2014

 

CNI kini telah mencecah usia 25 tahun, dan penuh bersemangat, cergas serta tangkas umpama belia berusia 25 tahun. Memang kurang syarikat MLM seperti CNI yang mampu bertahan selama 25 tahun, dan terus mantap di pasaran Asia Tenggara serta berjaya menembusi pasaran antarabangsa tatkala syarikat-syarikat MLM baru tumbuh dengan pesat.

Berakar umbi di Malaysia dengan asas organisasi yang kukuh dan pasaran pelanggan yang luas, kami tetap menjadikan pasaran ASEAN sebagai sasaran dalam memperluaskan perniagaan kami. Pasaran Thailand dan Vietnam akan mula diterokai tahun ini setelah kami berjaya mendapatkan lesen perniagaan di China. Kami juga bersiap- sedia merancang untuk menembusi kesemua negara-negara ASEAN yang mempunyai jumlah populasi lebih 500 juta orang bagi mencapai sasaran jangka panjang untuk memperkukuhkan perniagaan.

Logo Ulang Tahun Ke-25 CNI diterapkan dengan elemen hati bagi melambangkan keazaman kami untuk terus membangunkan perniagaan dengan penuh kasih sayang, dan pada masa yang sama mencipta model perniagaan yang bersesuaian dengan perubahan zaman serta menyediakan produk berkualiti yang memenuhi keperluan pelanggan. Kami akan terus bekerjasama dengan para pemimpin usahawan untuk membina platform dan sistem perniagaan yang unggul bagi membantu rakan-rakan usahawan mengusahakan kerjaya CNI dengan penuh prihatin dan kasih sayang. Di samping itu, kami akan tetap menyediakan sistem pendidikan dan latihan yang tuntas bagi membimbing dan memupuk lebih ramai usahawan berbakat agar mereka dapat berdikari dan mampu mengembangkan kerjaya CNI dengan mantap, mampan, serta lebih profesional.

Kami juga terdorong untuk membantu pelanggan kami mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan berkualiti, di samping melaksanakan tanggungjawab sosial korporat melalui Yayasan CNI. Misi kami adalah menghidupkan semangat menyebarkan kasih sayang dengan keikhlasan. Dengan tercapainya misi ini, maka rangkaian organisasi usahawan dan pelanggan kami akan berkembang secara mantap dan mampan, sekaligus menjanjikan kesinambungan perniagaan CNI yang tetap teguh dan dinamik.

 

Fokus Misi Keprihatinan & Khidmat Masyarakat

Published: Januari 1, 2014

 

Tahun ini genap usia Yayasan CNI 15 tahun. Begitu pantas masa berlalu, dan sehingga saat ini, Yayasan CNI telah berusaha menyalurkan bantuan dan menyebarkan kasih sayang dalam pelbagai bidang, termasuk membantu golongan memerlukan di dalam dan luar negara, memberi sokongan kepada sektor kebudayaan dan kesenian, pendidikan dan latihan, pemeliharaan alam sekitar, penjagaan kesihatan, kesedaran sosial dan sebagainya. “Projek Keluarga Tunggal” telah dilancarkan sempena sambutan Ulang Tahun ke-10 Yayasan CNI pada tahun 2008 berdasarkan pengamatan Yayasan CNI terhadap masalah sosial yang semakin meruncing dalam kalangan keluarga tunggal. Projek tersebut dimulakan dengan memberi bantuan kepada ibu atau bapa dari keluarga tunggal untuk membangunkan kerjaya, dan juga membiayai kos pendidikan untuk anak-anak dari keluarga tunggal. Misi Yayasan CNI dikaji semula setiap lima tahun, dan sempena menyambut Ulang Tahun Ke-15 ini, Yayasan CNI memutuskan untuk memberi tumpuan khusus kepada misi keprihatinan dan khidmat masyarakat. Larian Amal Sarung Batik yang dianjurkan pada 15 September tahun lalu merupakan aktiviti sulung di bawah misi ini, dan sempena meraikan Ulang Tahun ke-15 Yayasan CNI. Larian bertema “Tanamkan Sepohon Pokok, Segarkan Persekitaran Esok” berjaya menarik lebih seribu orang peserta yang telah melengkapkan larian sejauh tiga kilometer.

 

Awards & Recognition

Published: April 1, 2014

 

Strategi Baru, Imej Baru, Platform Baru

Published: April 1, 2014

 

Industri Terunggul Abad ke - 21

Published: April 1, 2014

 

Home | About Us | Achievements | Latest News | Investor Relations | Media Center | Contact Us

Copyright © 2005 - 2014 CNI Holdings Bhd.
Web design and program Copyright © 2014 Symplesoft Sdn. Bhd.All rights reserved.