CNI Holdings Berhad Contact Us

Home > Latest News


Year 2013

Pengumunan CNI Corporation Januari 2013

Published: January 31, 2013

Pengumuman CNI Corporation January 2013

Konsep CNI Global

Perubahan dalam corak perbelanjaan pengguna, model membina kekayaan, dan model perniagaan yang didorong oleh trend jualan langsung terkini telah mencetus peluang yang luar biasa hebat. Rangkaian perniagaan baru ini terdiri daripada Pengeluar, Pemborong, dan Peruncit; mereka menghasilkan dan menjual produk dalam kuantiti yang besar secara langsung kepada pengguna dengan dua jaminan. Jaminan pertama: produk dan perkhidmatan yang paling berkualiti kepada pengguna, dan Jaminan Kedua: peluang perniagaan milik sendiri untuk pengguna. Kesimpulannya, Pengeluar menawarkan peluang perniagaan yang adil, rasional dan berisiko rendah kepada Pengguna. Ahli ekonomi terkenal, Dr. Bieltz menggelar konsep ini sebagai “pemasaran interaktif”, di mana pengguna yang dahulunya berbelanja hanya untuk menjadikan para peniaga (orang tengah) kaya, kini berpeluang membina kekayaan untuk diri sendiri melalui pemasaran interaktif, iaitu membina kekayaan diri melalui perbelanjaan peribadi. Anjakan ini telah membentuk model perniagaan baru, Pro-JV (Usahasama Prosumer). Konsep Pro-JV ini dikongsi menerusi kacamata dua orang pakar ekonomi terkemuka:

1. Paul Zane Pilzer, penulis “The New Wellness Revolution ” menyatakan pengguna yang menjadikan para peniaga kaya. Kekayaan sebenar adalah milik golongan yang menguasai Saluran Pengedaran dan kebanyakan pengguna tidak berpeluang untuk memiliki kekayaan. ”

2. Peter Drucker, pakar pengurusan, menyebut tentang rahsia perniagaan berkekalan, iaitu, “Hari ini persaingan antara badan korporat bukan lagi dari segi sumber manusia atau modal, tetapi persaingan model perniagaan.”

Apa itu Pro-JV?

CNI Global menawarkan peluang Pro-JV kepada semua pengguna CNI. Anda selaku Usahawan CNI Global boleh memulakan perniagaan dengan status yang berbeza. Dengan yang demikian, anda bukan sahaja mampu menjana kekayaan dengan membeli produk keperluan harian untuk kegunaan peribadi di Malaysia, malah anda boleh meneroka pasaran antarabangsa dengan menaja pengguna di luar negara sebagai Usahawan ProJV jaringan anda. Peluang yang luar biasa hebat ini melalui penggunaan dan penjualan produk kesihatan, produk kecantikan dan produk fungsian yang berkualiti membolehkan kekayaan anda berganda secara berterusan selaras dengan perkembangan jaringan organisasi anda.

Dengan dorongan kemudahan internet, saluran pengedaran yang sempurna dan hubungan sosial yang baik, anda mampu mengumpul kekayaan dengan cepat dan berlipat ganda secara serentak di merata dunia melalui perbelanjaan bersifat munasabah, lazim, dan pembelian automatik oleh prosumer.

Gelombang pertama peluang yang luar biasa hebat dari CNI Global adalah berasaskan minuman fungsian yang sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Gerbang kekayaan tanpa had berlandaskan pasaran global terbuka untuk anda hari ini!

 

Masa Terbaik Untuk Menjadi Intan Jutawan

Published: Januari 31, 2013

Masa Terbaik Untuk Menjadi Intan Jutawan

Setelah hampir setahun diperkenalkan, BESWAY terus menggempur pasaran CNI di seluruh Malaysia. Cabaran BESWAY yang disebarkan oleh pemimpin-pemimpin tersohor CNI di bawah pimpinan Cikgu Gan Ah Seng membakar semangat para usahawan untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai kejayaan di dalam kerjaya CNI dan merealisasikan impian mereka. Perpaduan semangat, perjuangan dan impian keluarga besar CNI pastinya akan membuahkan kejayaan yang luar biasa!

 

Konvensyen MDRT & DC 2013

Published: January 31, 2013

Konvensyen MDRT & DC 2013

Konvensyen MDRT & DC 2013 telah diadakan pada 11-13 Januari di Sepang Gold Coast Golden Palm Resort bertaraf 6 bintang dan disertai oleh 120 orang Intan Jutawan, Pengendali Pusat Pengedaran dan pihak Pengurusan Atasan CNI.

Agenda dimulakan dengan tinjauan semula aktiviti 2012 dan pembentangan strategi pemasaran 2013. Antara intipati strategi 2013 adalah penerusan kempen “Well3 - Pengaktif Kesihatan” hasil sambutan hangat daripada masyarakat setempat pada tahun 2012. Fungsi dan cara penggunaan alat saringan kesihatan terbaru, Quantum Analyzer, juga dijelaskan dengan teliti bagi membantu para peserta mempromosikan siri produk Well3 dengan lebih mahir dan berkesan.

Di samping itu, alat bantuan elektronik terbaru, eKit, juga telah diperkenalkan dan perkongsian tentangnya telah disampaikan oleh MDAM Ho Ken Fatt & Cheong Pei Leng. eKit direka khas bagi memenuhi permintaan e-generasi yang cenderung menggunakan komputer riba. Isi kandungannya merangkumi profil syarikat, Rancangan Perniagaan CNI, informasi produk, testimonial, dan demo produk yang dipersembahkan dalam gaya yang menarik dan bahasa yang mudah. Para pemimpin usahawan yang hadir sangat positif dengan eKit dan meminta agar diadakan kursus latihan khas eKit bagi membantu para usahawan mengembangkan kerjaya CNI dengan agresif.

Kemuncak persidangan adalah taklimat Model Peluang Perniagaan Baru CNI Global yang merupakan sebuah model baru yang mudah diduplikasi, dikongsi bersama, difahami dan menjaminkan ganjaran yang lebih lumayan. Selain itu, sesi mencuba sampel minuman fungsian CNI Global juga merangsang semangat para hadirin. Para pemimpin semakin teruja dan masing-masing menetapkan sasaran baru untuk mencatatkan rekod baru lebih tinggi pada tahun 2013.

Upacara penyampaian anugerah turut diadakan pada Majlis Makan Malam pada hari pertama. Anugerah Jualan Tertinggi dan Amalan Pengurusan Terbaik bagi kategori Pusat Pengedaran telah diberikan kepada Pengendali Pusat Pengedaran cemerlang tahun 2012.

Selain meningkatkan interaksi antara para pemimpin dengan pihak pengurusan, dan meningkatkan motivasi para pemimpin agar lebih positif dan produktif, kami berharap setiap peserta konvensyen ini mengambil setiap peluang perniagaan yang ditawarkan untuk membuahkan kemenangan yang cemerlang bagi kerjaya CNI tahun ini!

 

Buatlah Persiapan Awal Agar Tidak Bercelaru Mentaksir Cukai Adalah Tanggungjawab Setiap Individu Berkerjaya

Published: Januari 30, 2013

Buatlah Persiapan Awal Agar Tidak Bercelaru Mentaksir Cukai Adalah Tanggungjawab Setiap Individu Berkerjaya

 

Let's Cruise - Penang

Published: February 01, 2013

Let's Cruise - Penang

 

eKit - Tingkatkan Kemahiran Untuk Imej Lebih Profesional

Published: February 27, 2013

eKit - Tingkatkan Kemahiran Untuk Imej Lebih Profesional

Apa itu eKit?

eKit adalah alat bantuan jualan elektronik mengandungi profil korporat, info peluang perniagaan dan produk, demo serta testimonial dalam bentuk persembahan slaid juga rakaman video bagi memudahkan anda merekrut prospek setiap masa, di mana-mana jua.

Mengapa perlu eKit?

Persembahan mudah tanpa kertas dan mesra-alam, praktikal, moden dan lebih meyakinkan prospek kerana maklumat disampaikan dalam bentuk visual dan rakaman video yang menarik. Persembahan anda boleh disampaikan kepada individu atau kumpulan (dengan projektor). Ia juga membantu anda membuat jualan dan penajaan dengan lebih cepat serta berkesan, dan ia lebih mudah dipelajari.

Anda tidak lagi dibebani oleh pelbagai risalah, maklumat sokongan, dan kelengkapan demo kerana semua maklumat dimuatkan dalam perisian komputer. Anda boleh menjual dan menaja, atau melatih downline atau kumpulan anda dengan lebih mudah, berkesan, dan menjimatkan masa serta tenaga.

Bagaimanakah eKit digunakan?

Anda perlu sebuah komputer riba, dan menyertai Bengkel eKit. Perisian eKit akan dimasukkan ke dalam komputer anda semasa bengkel dijalankan dan anda akan diajar cara mengendali dan memanfaatkan eKit sepenuhnya.

Komputer riba anda perlu memenuhi spesifikasi berikut:

  1. Menggunakan aplikasi Windows® XP, Vista, versi Window 7 atau 8 (perisian tidak serasi dengan sistem operasi Mac, tablet, iPad)
  2. Dilengkapi minimum 1GB RAM dan HDD 5GB
  3. Dilengkapi WIFI
  4. Dilengkapi Kad Suara

Apakah yang saya dapat daripada Bengkel eKit?

  1. Pelajari cara membuat persembahan yang lebih berkesan kepada individu atau kumpulan prospek dengan bantuan slaid dan rakaman video.
  2. Cara memaparkan maklumat sokongan mengikut permintaan prospek dalam sekelip mata. Contohnya, ketika anda menjelaskan tentang produk, anda juga boleh memaparkan demo atau testimonialnya untuk memberi impak yang lebih mendalam kepada prospek. Harga ahli/bukan ahli juga boleh dipaparkan dengan satu klik.
  3. Peluang meningkatkan kemahiran komputer, dan mempelajari teknik membuat persembahan yang lebih mudah dan berkesan.
  4. Tingkatkan keyakinan prospek dan imej profesional anda.
  5. Kuasai maklumat penting mengembangkan kerjaya CNI dalam masa yang singkat.

Mengapa perlu yuran penyertaan RM100?

eKit adalah sistem perisian yang diprogram khas dan melibatkan kos yang tinggi. Yuran RM100 ini merangkumi sebuah pemacu pena (Pendrive) 8GB, kupon produk terhad yang bernilai RM50 dan makanan untuk setiap peserta. Lebih utama lagi, anda dapat menguasai pelbagai teknik dan ilmu dalam masa 1 hari. Pendek kata, apa yang anda dapat jauh lebih bernilai daripada kosnya.

 

Road 2 Champion - Bakar Semangat Usahawan Untuk Perjuangan Baru 2013

Published: February 27, 2013

Road 2 Champion - Bakar Semangat Usahawan Untuk Perjuangan Baru 2013

Tirai tahun baru 2013 telah dibuka dengan majlis penganugerahan “Road to Champion” di 11@Century Hotel, Johor Bahru pada 27 Januari 2013. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran pengasas CNI, Dato’ P.C Koh. Para pemenang pakej pelancongan Lets’ Cruise, Pengurus Agensi dan Supervisor telah diraikan dalam majlis serba meriah dengan kehadiran lebih 200 usahawan kawasan selatan. Tahniah buat semua para penerima anugerah dan terima kasih buat para ahli jawatankuasa yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Sementara itu, usahawan kawasan Tengah, Utara (Kedah & Perak), Kuantan dan Negeri Sembilan pula telah berkumpul di Wisma CNI pada 3 Februari 2013 pada majlis yang sama bagi meraikan para usahawan yang dinaikkan pangkat Pengurus Agensi Delima, Pengurus Agensi, dan Supervisor serta pemenang Insentif Pelancongan ke Indonesia, dan Lets’ Cruise. Majlis diserikan dengan kehadiran ramai Intan-Intan Jutawan dari kawasan Tengah, Utara & Pantai Timur bagi meraikan kejayaan rakanrakan usahawan yang menerima anugerah. Tahniah buat semua penerima anugerah, semoga kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada semua warga besar CNI.

 

Titik Tolak Lahirnya Seorang Juara

Published: February 27, 2013

Titik Tolak Lahirnya Seorang Juara

 

Kempen Pro-JV

Published: February 27, 2013

Kempen Pro-JV

 

CNI Terima “Anugerah Jualan Langsung Oriental” Persidangan Industri Jualan Langsung 2013

Published: March 29, 2013

CNI Terima “Anugerah Jualan Langsung Oriental” Persidangan Industri Jualan Langsung 2013

Persidangan Industri Jualan Langsung Malaysia 2013 dan Majlis Penyampaian Anugerah bertema “Inovasi 20 Tahun Mengorak Langkah Maju di Dalam Industri Jualan Langsung” telah berlangsung di Kuala Lumpur pada 11 dan 12 Mac lalu sempena “Majlis Penyampaian Anugerah Jualan Langsung Tahunan” yang diasaskan oleh Oriental Daily News dan Ulang Tahun Ke-20 Majalah “Direct Selling Century” terbitan Kumpulan Brainet.

Anugerah ini bertujuan memberi pengiktirafan kepada syarikat jualan langsung terpilih di atas usaha dan sumbangan mereka terhadap industri jualan langsung tempatan. CNI adalah salah satu syarikat penerima anugerah yang telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif CNIE Malaysia, Kelvin Koh.

Pakar dan pemimpin jualan langsung tempatan dan luar negara telah hadir di persidangan ini dan aktif melibatkan diri dalam sesi perkongsian, seminar, serta saling berinteraksi dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan strategi.

 

Mengapa Pilih Pro-JV

Published: March 28, 2013

Mengapa Pilih Pro-JV

 

Sempena Hari Bumi 22.04.2013

Published: March 28, 2013

Sempena Hari Bumi 22.04.2013

Perbelanjaan Mesra-Alam Demi Alam Sekitar Yang Lebih Baik

Persatuan Ekonomi Hijau Antarabangsa (IGEA) telah menetapkan tema “Galakkan Perbelanjaan Mesra-Alam Demi Alam Sekitar Yang Lebih Baik” untuk Hari Bumi Ke - 44 pada 22 April ini. Ia bertujuan menggalakkan orang ramai mengamalkan perbelanjaan mesra-alam yang menyokong produk berasaskan teknologi hijau/ mesra-alam demi memupuk alam sekitar yang lebih baik.

Setiap warga dunia bertanggungjawab melindungi dan memelihara alam sekitar kerana sumber alam semakin tandus dan masalah pencemaran bertambah serius. Maka, perubahan gaya hidup dan teknologi pengeluaran barangan harus dilakukan. Sebagai individu, kita boleh memainkan peranan dengan cara menjimatkan penggunaan air dan elektrik, tidak membazirkan makanan, berkongsi kenderaan, mengamalkan perbelanjaan mesra-alam dan menyebarkan semangat mesra-alam. Syarikat pengeluar pula boleh menyediakan asas yang menggalakkan perbelanjaan mesra-alam, menjimatkan sumber dan tenaga, mendukung konsep mesra-alam, menggunakan tekonologi hijau dalam proses pengeluaran, serta mengurangkan pembebasan karbon.

 

Karnival Merah Warnai Pasaran Sabah

Published: March 28, 2013

Karnival Merah Warnai Pasaran Sabah

Warna merah membanjiri Karnival DC di Tawau (17/2/13), Lahad Datu (20/2/13), Sandakan (22/2/13) dan Kota Kinabalu (23/2/13) mengikut tema sempena musim perayaan Tahun Baru Cina bulan Februari lalu.

Seperti biasa, para hadirin mula datang sejak awal pagi untuk bersuka-ria dengan pelbagai aktiviti permainan, tawaran khas, pertandingan, saringan kesihatan, sajian percuma dan hadiah misteri.

Peserta berbilang kaum, dewasa dan kanak-kanak dari kawasan setempat telah memanfaatkan Karnival ini untuk mengeratkan semangat komuniti, mengenali CNI, dan lebih peka dengan kepentingan penjagaan kesihatan, sesuai dengan matlamat Karnival DC CNI.

 

Pro-JV Campaign 2(1/5/2013-31/5/2013)

Published: April 30, 2013

Pro-JV Campaign 2(1/5/2013-31/5/2013)

 

Start to apply now for "Children Education Fund Application"

Published: April 26, 2013

Start to apply now for

 

Upgrading Life

Published: June 01, 2013

Upgrading Life

 

Drinks For the Whole Family

Published: June 01, 2013

Drinks For the Whole Family

 

0% Interest

Published: June 01, 2013

0% Interest

 

Health Corner

Published: June 01, 2013

Health Corner

 

Detoxification

Published: June 01, 2013

Detoxification

 

3 Main Nutrients For Brain Function

Published: June 01, 2013

3 Main Nutrients For Brain Function

 

Prostat

Published: June 01, 2013

Prostat

 

Festive promotion

Published: June 30, 2013

Festive promotion

 

Well3 Royal Pollen Plus

Published: June 30, 2013

Well3 Royal Pollen Plus

 

Asthma & Lung Cancer

Published: June 30, 2013

Asthma & Lung Cancer

 

Revised Notice Product Prices

Published: June 30, 2013

Revised Notice Product Prices

 

Whyte Magic

Published: June 30, 2013

Whyte Magic

 

Sponsorship packages

Published: June 30, 2013

Sponsorship packages

 

CNI Global Activation Campaign and Mother's Day Celebration 2013

Published: June 30, 2013

CNI Global Activation Campaign and Mother's Day Celebration 2013

 

Well3 TongKat Ali

Published: June 30, 2013

Well3 TongKat Ali

 

Award Ceremony & Launching

Published: June 30, 2013

Award Ceremony & Launching

 

CNI Carnival

Published: June 30, 2013

CNI Carnival

 

Festive Product Promotion

Published: June 30, 2013

Festive Product Promotion

 

Home | About Us | Achievements | Latest News | Investor Relations | Media Center | Contact Us

Copyright © 2005 - 2014 CNI Holdings Bhd.
Web design and program Copyright © 2014 Symplesoft Sdn. Bhd.All rights reserved.